Thursday, May 7, 2009

Isteri Yang Solehah

Isteri Yang Solehah..

Isteri yang solehah,dialah qanaah
Yang tahu hari tak selalu cerah tapi dia tak berubah

Isteri yang solehah itu tidak harus kaya
Kalau pun kaya alhamdulillah
Dia juga tidak harus cantik
Kalau pun cantik itu hadiah
Isteri yang solehah itu adalah qanaah
Senangnya berada di rumah
Keluar rumah pun hanya dengan bersama suaminya
Dia tahu bahan makanan telah mengalami kenaikan harga
Dan dia tidak menyusahkan suaminya dengan menuntut bermacam-macam

Ada juga wanita yang bekerja di luar rumah
Tetapi yang solehah
Dia ingin berhenti kerja
Kalau itu yang dimahukan suaminya
Dan tetap bekerja kalau suaminya meredhainya

Kau mungkin bingung
Bagaimana mungkin untuk mendapatkan wanita solehah
Bukankah telah ku katakan tadi
Yang solehah adalah yang qanaah
Sedangkan qanaah itu tidak terzahir di mata

Yang jelas, tidak susah mencari yang cantik
Kerana yang cantik seperti bintang di langit
Mungkin sudah ketemu bahkan dalam gelap malam
Tetapi sedarilah dia tidak mudah dijangkau tangan
Ketika itu kau mungkin melihatnya berkilau
Tetapi sedarilah ketika siang dia menghilang

Tetapi yang solehah itu
Seperti mutiara di dasar lautan
Tak selalu putih
Terkadang terbungkus lumut
Di dalam cangkaknya dia tetap di situ berada
Menjaga diri dan tidak mudah tergoda

Kau mungkin harus menyelam untuk menemukannya
Tapi kau akan tahu betapa berharganya dia
Tatkala kau mendapatkannya



rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

0 comments: