Showing posts with label aDaB-aDaB. Show all posts
Showing posts with label aDaB-aDaB. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Friday, March 5, 2010

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI



10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Saturday, January 10, 2009

GaRiS PaNDuaN PaKaiaN MuSLiMaH



1. Mesti menutup seluruh angota badan

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup
pandangan dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya
kecuali yang biasa zahir daripadanya."

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada) memandang yang haram, dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat
mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya,
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka
atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak
tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dan orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah a.w.t. Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya."

Menurut Imam Malik dan Imam Hanafi dan sebahagian besar fuqaha', maksud yang biasa zahir itu
adalah muka dan tapak tangan. Pendapat itu juga disahkan oleh ijma' ulamak. Ertinya, kaum perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup seluruh perhiasan dirinya kecuali muka dan tapak tangan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi! Perintahkanlah isterimu, serta perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan
pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar); cara yang demikian
dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

2. Pakaian mestilah longgar, labuh serta tebal

Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain-kain yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga melekat
di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian tersebut mestilah longgar dan labuh serta tebal. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu. Pertama, kaum
yang membuat tali cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang (penguasa
yang kejam). Kedua, perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka tidak dapat jejakkan kaki ke syurga malah tak akan mencium bau syurga padahal bau itu tercium sejauh perjalanan begini-begini (maksud Rasulullah s.a.w dari jarak yang begitu jauh)”

- Riwayat Muslim


Dikatakan mereka itu berpakaian tetapi bertelanjang kerana pakaian yang mereka pakai itu terlalu ketat
hingga menampakkan bentuk tubuh badan. Kemudian kain yang digunakan terlalu nipis hingga warna
kulit mereka pun jelas kelihatan.


Dari Saidatina Aisyah r.a katanya, Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dengan memakai pakaian
yang nipis. Kemudian Rasulullah s.a.w memalingkan pandangannya sambil berkata:


"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila dia sudah baligh, tidak boleh lagi kelihatan
kecuali ini dan ininya."
(Baginda mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya)

- Riwayat Abu Daud


Usamah bin Zaid pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah
yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Qalbi dan Rasulullah s.a.w pula menganugerahkan
kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya kepada Usamah:


"Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?"


Usamah menjawab:


"Saya telah memberikannya kepada isteri saya."


Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada Usamah:


"Suruhilah isteri mu mengalas kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatan besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk badan isterimu)."


3. Tiada daya memikat dan mempersonakan


Pakaian itu mestilah tiada daya memikat dan mempersonakan orang lain terutamanya kaum lelaki seperti memakai perhiasan yang berlebihan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:


"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu."


4. Tidak menyerupai pakaian orang Kafir


Dari hadis-hadis sahih, dapat difahamkan Allah s.w.t melaknat kita memakai pakaian yang menyerupai
pakaian orang kafir. Dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu, dia akan digolong ke dalam kaum itu."


5. Tidak menyerupai pakaian orang lelaki


Abu Hurairah r.a berkata yang maksudnya:


"Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki."

-Riwayat Abu Daud


6. Tidak memakai wangi-wangian


Rasulullah s.a.w melarang kaum wanita daripada memakai bauan ketika keluar dari rumah-rumah
mereka. Riwayat daripada Nasa'i, Ibnu Huzaimah serta Ibnu Hibban dalam hadis sahih; Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Apabila seorang wanita memakai wangi-wangian, kemudian dia melalui satu kaum supaya mereka mencium wanginya itu, bererti dia dianggap berzina dan setiap mata yang memandangnya dianggap berzina."


Zainab Althaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:


"Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah
memakai bau-bauan."


Dari hadis ini, sedangkan kaum wanita dilarang keras memakai bau-bauan untuk ke masjid maka apakah hukumnya memakai bau-bauan bagi wanita yang akan keluar berjalan-jalan di bandar, ke pejabat dan sebagainya. Tidak syak lagi tentulah lebih utama diharamkan dan lebih besar pula dosanya.




rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros