Saturday, January 10, 2009

GaRiS PaNDuaN PaKaiaN MuSLiMaH



1. Mesti menutup seluruh angota badan

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup
pandangan dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya
kecuali yang biasa zahir daripadanya."

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada) memandang yang haram, dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat
mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya,
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka
atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak
tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dan orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah a.w.t. Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya."

Menurut Imam Malik dan Imam Hanafi dan sebahagian besar fuqaha', maksud yang biasa zahir itu
adalah muka dan tapak tangan. Pendapat itu juga disahkan oleh ijma' ulamak. Ertinya, kaum perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup seluruh perhiasan dirinya kecuali muka dan tapak tangan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi! Perintahkanlah isterimu, serta perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan
pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar); cara yang demikian
dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

2. Pakaian mestilah longgar, labuh serta tebal

Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain-kain yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga melekat
di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian tersebut mestilah longgar dan labuh serta tebal. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:


Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu. Pertama, kaum
yang membuat tali cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang (penguasa
yang kejam). Kedua, perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka tidak dapat jejakkan kaki ke syurga malah tak akan mencium bau syurga padahal bau itu tercium sejauh perjalanan begini-begini (maksud Rasulullah s.a.w dari jarak yang begitu jauh)”

- Riwayat Muslim


Dikatakan mereka itu berpakaian tetapi bertelanjang kerana pakaian yang mereka pakai itu terlalu ketat
hingga menampakkan bentuk tubuh badan. Kemudian kain yang digunakan terlalu nipis hingga warna
kulit mereka pun jelas kelihatan.


Dari Saidatina Aisyah r.a katanya, Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dengan memakai pakaian
yang nipis. Kemudian Rasulullah s.a.w memalingkan pandangannya sambil berkata:


"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila dia sudah baligh, tidak boleh lagi kelihatan
kecuali ini dan ininya."
(Baginda mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya)

- Riwayat Abu Daud


Usamah bin Zaid pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah
yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Qalbi dan Rasulullah s.a.w pula menganugerahkan
kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya kepada Usamah:


"Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?"


Usamah menjawab:


"Saya telah memberikannya kepada isteri saya."


Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada Usamah:


"Suruhilah isteri mu mengalas kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatan besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk badan isterimu)."


3. Tiada daya memikat dan mempersonakan


Pakaian itu mestilah tiada daya memikat dan mempersonakan orang lain terutamanya kaum lelaki seperti memakai perhiasan yang berlebihan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:


"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu."


4. Tidak menyerupai pakaian orang Kafir


Dari hadis-hadis sahih, dapat difahamkan Allah s.w.t melaknat kita memakai pakaian yang menyerupai
pakaian orang kafir. Dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu, dia akan digolong ke dalam kaum itu."


5. Tidak menyerupai pakaian orang lelaki


Abu Hurairah r.a berkata yang maksudnya:


"Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki."

-Riwayat Abu Daud


6. Tidak memakai wangi-wangian


Rasulullah s.a.w melarang kaum wanita daripada memakai bauan ketika keluar dari rumah-rumah
mereka. Riwayat daripada Nasa'i, Ibnu Huzaimah serta Ibnu Hibban dalam hadis sahih; Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Apabila seorang wanita memakai wangi-wangian, kemudian dia melalui satu kaum supaya mereka mencium wanginya itu, bererti dia dianggap berzina dan setiap mata yang memandangnya dianggap berzina."


Zainab Althaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:


"Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah
memakai bau-bauan."


Dari hadis ini, sedangkan kaum wanita dilarang keras memakai bau-bauan untuk ke masjid maka apakah hukumnya memakai bau-bauan bagi wanita yang akan keluar berjalan-jalan di bandar, ke pejabat dan sebagainya. Tidak syak lagi tentulah lebih utama diharamkan dan lebih besar pula dosanya.




rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

0 comments: