
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa
wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Monday, May 18, 2009
JaDiLaH SePeRTi PoHoN SeMaLU
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: Kisah-kisah, KRiTeRia WaNiTa
Monday, April 20, 2009
PeRBeZaaN aNTaRa LeLaKi DaN WaNiTa

Perbezaan antara lelaki dan wanita
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan
menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu.
Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia
diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya.
Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi
teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat
isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan
manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih
mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi
lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para
suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan
masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang
perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya
menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama
ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.
Copyright dari Internet
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: KRiTeRia WaNiTa
Tuesday, March 31, 2009
WaNiTa SoLeHaH

Wanita Solehah
Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya pada aturan-aturan Allah. Aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja bagi wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja.
MULIALAH wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah". (HR. Muslim).
Dalam Al-Quran surat An-Nur: 30-31, Allah Swt. memberikan gambaran wanita solehah sebagai wanita yang sentiasa mampu menjaga pandangannya. Ia selalu taat kepada Allah dan Rasul Nya. Perhiasan wajahnya adalah basuhan air wudhu. Lipstiknya adalah dzikir kepada Allah. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan Al-Quran.
Wanita solehah sangat memperhatikan kualiti kata-katanya. Ia akan sangat
menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi. Dia sedar betul bahawa kemuliaannya bersumber dari kemampuannya menjaga diri (iffah).
Wanita solehah itu murah senyum. Baginya, senyum adalah sedekah. Namun, senyumnya tetap dijaga. Tidak setiap lelaki yang dijumpainya diberikan senyuman manis. Senyumnya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.
Wanita solehah juga pintar dalam bergaul. Dengan pergaulan itu, ilmunya akan terus bertambah. Ia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang ia temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik dan akan berbuah kebaikan bagi dirinya mahupun orang lain.
Ia juga selalu menjaga akhlaknya. Salah satu ciri bahawa imannya kuat adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak tanduknya selalu terkawal. Ia tidak akan
berbuat sesuatu yang menyimpang dari bimbingan Al-Quran dan Sunnah. Ia sedar bahawa semakin kurang iman seseorang, makin kurang rasa malunya. Semakin kurang rasa malunya, makin buruk kualiti akhlaknya.
Pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Rambu-rambu kemuliaannya bukan dari aneka aksesori yang ia gunakan. Justeru ia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Kecantikan satu saat bisa jadi anugerah yang bernilai. Tapi jika
tidak hati-hati, kecantikan bisa jadi sumber masalah yang akan menyulitkan pemiliknya sendiri.
Saat mendapat kekurangan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dan sakit hati. Ia yakin bahawa kekecewaan adalah bahagian dari sikap kufur nikmat. Dia tidak akan merasa minder dengan keterbatasannya. Peribadinya begitu indah sehingga solekan apa pun yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan. Bahkan, kalaupun ia tanpa solekan sedikit pun, kecantikan jiwanya akan tetap terpancar dan menyejukkan hati orang-orang di sekitarnya.
Jika ingin menjadi wanita solehah, maka belajarlah dari lingkungan sekitar dan orang-orang yang kita temui. Ambil ilmunya dari mereka. Bahkan kita boleh mencontohi isteri-isteri Rasulullah Saw. seperti Aisyah. Ia terkenal
dengan kekuatan fikirannya. Seorang isteri seperti beliau boleh dijadikan gudang ilmu bagi suami dan anak-anak.
Contoh pula Siti Khadijah, isteri solehah penentram batin, pendukung setia, dan penguat semangat suami dalam berjuang di jalan Allah Swt. Beliau berkorban harta, kedudukan, dan dirinya demi membela perjuangan Rasulullah. Begitu kuatnya kesan kesolehan Khadijah, hingga nama beliau banyak disebut-sebut
oleh Rasulullah walau Khadijah sendiri sudah meninggal.
Boleh jadi wanita solehah muncul dari sebab keturunan. Seorang pelajar yang baik akhlak dan tutur katanya,boleh jadi gambaran seorang ibu yang mendidiknya menjadi manusia berakhlak. Sulit membayangkan,
seorang wanita solehah tiba-tiba muncul tanpa didahului sebuah proses. Di sini, faktor keturunan memainkan peranan. Begitu pun dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan, dan lain-lain. Apa yang kelihatan, bisa menjadi gambaran bagi sesuatu yang tersembunyi.
Banyak wanita boleh sukses. Namun tidak semua boleh jadi solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya pada aturan-aturan Allah. Aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja bagi
wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja puteri. Tidak akan rugi jika seorang remaja puteri menjaga sikapnya saat mereka berinteraksi dengan lawan jenis yang bukan mahramnya. Bertemanlah dengan orang-orang yang akan menambah kualiti ilmu, amal, dan ibadah kita.
Ada sebuah ungkapan mengatakan, "Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya." Peranan wanita solehah sangat besar dalam keluarga, bahkan negara. Kita pernah mendengar bahawa di
belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, maka berapa banyak kejayaan yang akan diraih.
Selama ini, wanita hanya ditempatkan sebagai pelengkap saja, iaitu hanya mendukung dari belakang, tanpa peranan tertentu yang serius. Wanita adalah tiang Negara. Bayangkanlah, jika tiang penopang bangunan itu rapuh, maka
sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah. Tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali puing-puing yang nilainya tidak seberapa.
Kita tinggal memilih, apakah akan menjadi tiang yang kuat atau tiang yang rapuh? Jika ingin menjadi tiang yang kuat, kaum wanita harus terus berusaha menjadi wanita solehah dengan mencontoh peribadi isteri-isteri Rasulullah. Dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dan keluarga serta memelihara farji-nya, maka pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita kita.
Wallahua'lam.***
---------------
Sumber: MQ Media On Line - Kolom AaGym - Taushiah
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: iSTiMeWaNYa WaNiTa, KRiTeRia WaNiTa

