Buat renungan untuk diri ...sahabat2 muslimat & juga muslimin...
ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN SUAMI
Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itulah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada
dunia.
Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami. Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus
rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang
hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.
Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.
Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan(cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman. Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri baginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, biajak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha.
Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan
dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.
Kadangkala waniat-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis social, lincah
berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan wanita cerdik.
Waniat cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Waniat cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah
waniat cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.
Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ketangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.
Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan
diperisterikan. Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!
Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon
kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.
Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang
diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.
Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima bauh fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikian disisi suami yang berwatak pejuang.
Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di ruamh. Apatah lagi kalau isteri itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.
Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan diluar dari makan masakan isteri sendiri.Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi padangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami.Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya, katanya: âEURoepergi kata kan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya nanti: aku berlindung dengan Rasul.âEURESedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan Allah!
Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah.Atas kebijaksanaan Rasulullah, umat Islam patu juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang
Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.
Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan merak terlalu rindu Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semau sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.
Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah suaminya.Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.
Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat
macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.
Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah.
Wassalam.
Friday, April 17, 2009
Isteri Cerdik Dan Berstrategi
Posted by Pinkyzsa 0 comments
Labels: MaHLiGai SYuRGa
Monday, January 19, 2009
Petua Memenangi Hati Isteri

Khas untuk suami isteri. Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba...Tapi kalau sekadar untuk bekalan ke alam rumahtangga tak lama lagi, boleh la jugak diterima. Ilmu rumah tangga perlu dipelajari.
1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara
lain dan peluklah dia.
2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang
dia rancang untuk lakukan hari ini.
3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami
anda.
5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama
setengah jam setiap hari.
6.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih
lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu
hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8.Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,
tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10.Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11.Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12.Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat
persediaan.
13.Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.
14.Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara,
katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15.Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan
kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula
kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda
akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17.Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah
dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18.Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan
tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar
yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20.Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk
membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas
yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21.Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan
tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22.Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan
jangan lupa pula membelinya.
23.Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24.Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan,
himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25.Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang
menarik, atau hanya berkata "hai''.
26.Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27.Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28.Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29.Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.
Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30.Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai
dan berikan nombor telefon tempat itu.
31.Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.
32.Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia
suka.
33.Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda.
Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34.Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35.Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36.Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan
pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37.Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38.Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39.Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia
memilih apa yang dia memang gemar.
40.Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan
di mana hendak makan.
41.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama
mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
43.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada
di khalayak ramai.
44.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda
menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal
sebagai contoh kepada mereka.
45.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
46.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen
dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.
47.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu
dijadikan kenangan.
48.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
49.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia
dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
50.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak
terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan
anda boleh laju.
51.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda
ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan
kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan
sebaliknya.
52.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar
dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
53.Solat bersama dan berdoa bersama.
54.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
55.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
56.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk
itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda
lakukan dengan baik.
57.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
58.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui
telefon.
59.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
60.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.
61.Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan
barangan yang hendak dibawa di kereta.
62.Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa
anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia
dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca,
dan pada orang lain yang dia hubungi.
65.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu
keluar rumah.
67.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
68.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
69.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat
apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat,
tapi jangan berat sebelah.
70.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
71.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
72.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
73.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah
bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil
berat padanya.
74.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai,
dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
75.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan
mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa
lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia
perlukan.
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: MaHLiGai SYuRGa, PeTua DaN FaDHiLaT

