Monday, January 19, 2009

Petua Memenangi Hati Isteri


Khas untuk suami isteri. Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba...Tapi kalau sekadar untuk bekalan ke alam rumahtangga tak lama lagi, boleh la jugak diterima. Ilmu rumah tangga perlu dipelajari.

1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara
lain dan peluklah dia.

2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang
dia rancang untuk lakukan hari ini.

3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami
anda.

5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama
setengah jam setiap hari.

6.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih
lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7.Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu
hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8.Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,
tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10.Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11.Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12.Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat
persediaan.

13.Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.

14.Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara,
katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15.Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan
kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula
kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda
akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17.Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah
dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18.Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan
tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar
yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20.Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk
membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas
yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21.Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan
tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22.Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan
jangan lupa pula membelinya.

23.Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24.Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan,
himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25.Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang
menarik, atau hanya berkata "hai''.

26.Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27.Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28.Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29.Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.
Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30.Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai
dan berikan nombor telefon tempat itu.

31.Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.

32.Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia
suka.

33.Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda.
Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34.Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35.Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36.Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan
pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37.Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38.Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39.Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia
memilih apa yang dia memang gemar.

40.Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan
di mana hendak makan.

41.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama
mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

43.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada
di khalayak ramai.

44.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda
menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal
sebagai contoh kepada mereka.

45.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

46.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen
dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.

47.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu
dijadikan kenangan.

48.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

49.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia
dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

50.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak
terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan
anda boleh laju.

51.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda
ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan
kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan
sebaliknya.

52.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar
dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

53.Solat bersama dan berdoa bersama.

54.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

55.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

56.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk
itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda
lakukan dengan baik.

57.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

58.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui
telefon.

59.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

60.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

61.Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan
barangan yang hendak dibawa di kereta.

62.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa
anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia
dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca,
dan pada orang lain yang dia hubungi.

65.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu
keluar rumah.

67.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

68.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

69.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat
apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat,
tapi jangan berat sebelah.

70.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

71.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

72.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

73.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah
bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil
berat padanya.

74.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai,
dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

75.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan
mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa
lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia
perlukan.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

0 comments: