
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
''Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan
kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada
mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. "Riwayat At-Thabrani,
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan kerudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari pemandangannya." An Nur : 31.
Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
11. Kehormatan
''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan
Muslim.
Friday, May 22, 2009
Larangan-larangan buat Muslimah
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: aL-QuRaN DaN HaDiS, aUraT MuSLiMaH, HuKuM-HuKuM
Sunday, April 19, 2009
SeLoKa aURaT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.
Copyright dari internet
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: aUraT MuSLiMaH, SeKaDaR HiBuRaN
Wednesday, February 25, 2009
Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?
Kenape pompuan Cantik pakai tudung?
1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...
2.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah
3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier cantik
4.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier
5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier seorang yg pandai
5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah
6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier
7.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier hormati orang lain
8.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik
9.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt
10.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan ! orang lain
11.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala
12.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat
13.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain
14.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier
15.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...
16.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...
jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda
tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilhat oleh sumua lelaki (kecuali keluarga)
17.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki
18.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami
19.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dia x nak rambut die ditarik,digantung dgn bara2 api n dibakar dgn dasyatnye kat! akhirat kelak..
20.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab......byk lagi sebab yg positive yg x terkira byknya utk diperkatakn..
JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH
MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA
Posted by Pinkyzsa 0 comments
Labels: aUraT MuSLiMaH, Petikan puisi

