Friday, May 8, 2009

aKu SeORaNG WaNiTa



Aku adalah seorang wanita. Walau dalam sebahagian bisikan benakku rasakan kecewa, namun keseluruhan jiwaku tetap mantap tersenyum. Aku sedar, kekecewaan itu hanyalah syaitan yang berbisik. Betapa syaitan akan selalu berusaha menyesatkanku, selama hayatku. Aku pun teringat masa-masa itu, jauh di masa dahulu, dimana seorang wanita tidak mempunyai martabat. Dimana seorang ayah tergamak membunuh darah dagingnya, kerana dilahirkan sebagai wanita. Betapa mereka murung durjana, saat khabar terdengar terlahir wanita.

“Dan apabila seorang diantara mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, wajah mereka pun menghitam dan ia sangatlah marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya. Apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya hidup-hidup ke dalam tanah? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (An-Nahl:58-59)

Dan seketika kegairahanku saat bersyariat pun sirna dengan guyuran iman di jiwa. Dan aku pun semakin mengerti, betapa semua di dunia ini hanyalah ujian. Kami wanita, diuji dengan kekalahan fizikal, akal dan keterbatasan. Apakah kemudian kami bertambah iman ataukah semakin kufur? Siapa pun, wanita atau lelaki memiliki kadar ujian masing-masing, walau tampak seakan wanita selalu di pihak yang kalah dan lemah.
“Dan janganlah kalian iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah (berupa kelebihan) kepada sebahagian kalian atas sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian tertentu atas apa yang mereka usahakan. Dan bagi para wanita, ada bahagian atas apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nisa:32)

Amboi, apabila para wanita tahu, Islam datang dengan begitu memuliakan kaum wanita. Islam peka dan sedar dengan fitrah seorang wanita, hingga menempatkannya pada tempat yang sangat tepat. Bila kesempitan dan keterbatasan selalu terbayang, itu hanyalah dalam benak para wanita yang kering dan gersang akan titisan iman. Betapa sebenarnyalah, Islam memberikan kesempatan yang sama, nilai yang sama dalam meneguk titis kebahagiaan, walau kadang dalam rupa, cara dan bentuk yang berlainan. Allah telah berfirman,

“Dan barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki atau wanita sedangkan ia orang yang beriman, maka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” (An-Nisa:124)

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan akan kami beri balasan kepada mereka pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl:97)

Erti Sebuah Kebahagiaan

Apakah erti kebahagiaan bagiku? Dan apa pula menurut benakmu? Kepuasan atas ambisi dan berbagai keinginan serta kesenangankah? Atau ada rumus dan perhitungan tertentu? Sekali-kali bukan itu, kerana kami wanita beriman yang mendengar sabda Sang Nabi, dari Abu Hurairah yang ertinya,

“Dunia itu adalah penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang kafir.” (H.R. Muslim)

Dengan demikian kami memandang segala sesuatu bukan dengan dunia, melainkan mata akhirat. Walau bukan bererti kami tak ingin bahagia di dunia. Dan kebahagiaan bagi hamba yang beriman itu berbeza ucapan dalam berpuluh anak sungai yang bermuara satu.
Bagi seorang Abdullah Ar-Rumi, “Kebahagiaan itu terletak pada pengenalan terhadap hakikat ibadah.”

Sementara Ibnu Taimiyah menjelaskan, bahawa kebahagiaan itu tidak lain adalah tingkat pengenalan seseorang terhadap nilai dan hakikat ibadah. Orang yang berbahagia adalah orang yang paling menghamba, alias paling tekun menjalani kehidupannya sebagai hamba Allah. Seberapa besar tingkat pengenalannya terhadap ibadah –yang diperolehnya melalui proses belajar dan praktik secara tepat, cermat dan ikhlas- sebesar itulah tingkat kebahagiaannya.

Namun kebahagian pun bisa bertolak dari sesuatu yang praktik, sebagaimana sabda Sang Nabi,“Ada empat kunci kebahagiaan: isteri yang solehah, rumah yang baik (luas meskipun sederhana), tetangga yang baik dan kenderaan yang nyaman. Dan ada empat hal yang boleh membawa kesengsaraan: tetangga yang jahat, isteri yang tidak salihah, rumah yang sempit dan kenderaan yang menyusahkan.” (H.R. Ibnu Hiban)

Isteri yang solehah, benar, ia dipastikan merupakan sebuah kebahagiaan bagi dirinya mahupun orang-orang di sekitarnya. Betapa Sang Nabi pun pernah bersabda yang ertinya,“Dunia adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita yang solehah.” (H.R. Muslim)

Baiklah, lalu dimanakah harta perhiasan, sawah ladang, emas permata yang membuat kami bahagia? Memang demikianlah naluri kemanusiaan, dimana kebahagiaannya terbungkus dalam sebahagian syahwat (keinginannya). Dalam batas yang tipis ketika syahwat itu menentukan kebahagiaan seseorang, apakah kemudian dalam redha-Nya atau dalam kemarahan-Nya.

“Dijadikan indah, pada (pandangan) manusia kecintaan kepada keinginannya (syahwat), iaitu: para wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik.” (Ali ‘Imran:14)

Langkah Menuju Bahagia

Mustahil kejayaan dan kebahagian teraih cuma-cuma. Kisah-kisah para nabi penuh perjuangan dan penderitaan, demi kebahagiaan yang hakiki. Bukan sekadar kebahagiaan duniawi. Adalah Dr. Abdul Muhsin bin Muhammad Al-Qasim, Imam dan Khatib masjid Nabawi telah menulis sebuah buku kecil yang berjudul “Langkah-langkah Menuju Kebahagiaan”. Diantara beberapa hal yang seharusnya ditempuh oleh seorang hamba, yang mendambakan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.

1. Ikhlas dalam beramal
2. Selalu Bertawakal
3. Mencari Rezeki
4. Baik Sangka Kepada Allah
5. Berbuat Baik Kepada Orang Tua
6. Menyambung Persaudaraan
7. Menjaga Waktu
8. Menuntut Ilmu
9. Berdakwah Kepada Allah
10. Bersabar Atas Segala Musibah
11. Berdoa
12. Bersedekah
13. Banyak Beribadah Sunah
14. Berakhlak Karimah
15. Memenuhi Keperluan Orang Yang Memerlukan
16. Bersyukur
17. Banyak Memohon Ampun
18. Banyak Membaca dan Menghafal Qur’an

Menjadi Wanita Paling Bahagia

Bahagia kerana berhijab. Sesungguhnya dalam gerakku saat berhijab ada perlindungan. Betapa aku akan terjaga, kerana tubuhku bak mutiara. Semakin mahal mutiara, adalah yang tak pernah tersentuh dan terbayang dalam keruh kotornya benak. Dan kuingin menjadi mutiara yang paling mahal. Walau aku harus sendiri dengan ketenteramanku, di dasar samudra luas. Dan aku ingin tersucikan, dari godaan dan fitnah yang merupakan aromaku. Maha Suci Allah dengan firman-Nya,

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang yang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Kerana yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Al-Ahzab:53)
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih aku takuti, melainkan fitnah yang diterima lelaki kerana wanita.” (H.R. Bukhari)

Bahagia kerana harus di rumah. Sebahagian kaumku berkata,”Begitu nikmat bebas kupergi, kemana kusuka tiada terlarang.” Amboi, jika mereka tahu. Betapa mereka tatkala mereka berdandan dan kemudian keluar rumah, semakin kusam dan pudar kecantikannya. Haus, dan kemudian usang bagaikan barang bekas yang dicampakkan. Kerana kecantikan lahir dan batin itu akan luntur, sebanding dengan semakin seringnya seorang wanita keluar rumah, dan semakin biasanya wajahnya dipandang para lelaki.

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah yang dulu. Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya…” (Al-Ahzab-33-34)

Bahagia bersuamikan suami yang soleh. Wanita yang solehah, di lingkungan yang soleh, nescaya ia akan berbahagia dengan izin Allah, kerana akan mendapatkan suami yang soleh pula.Bukankah aku dan orang tuaku tiada boleh menolak lelaki soleh yang datang meminangku? Sang Nabi telah bersabda yang ertinya,“Jika ada seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya datang meminang puterimu, maka nikahkanlah. Jika tidak, nescaya akan terjadi kerosakan yang meluas di bumi ini.” (H.R. Tirmidzi)

Dan Allah telah pula melindungiku bila memang aku berusaha solehah, sebagaimana firman-Nya,Bahagia kerana tindak pergaulan yang baik. Betapa Islam telah melindungiku, dari tindakan semena-mena, bila memang suamiku kurang bertanggung jawab. Rasulullah telah bersabda yang ertinya,
“Janganlah salah seorang diantara kalian memukuli isterinya seperti layaknya budak, namun ia menggaulinya di akhir malam.” (H.R. Bukhari)

Bahagia dengan harta kepemilikan. Dan tiada seorang pun yang boleh merampasnya dariku, tanpa kerelaan dan ketulusanku.
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah pemberian itu sebagai makanan yang sedap dan baik akibatnya.” (An-Nisa:4)

Bahagia kerana dibanggakan. Kerana aku adalah seorang guru, guru bagi anak-anakku. Sebagaimana untaian syair, seorang ibu laksana madrasah. Seorang ibu laksana taman yang indah.
Bahagia kerana suamiku bahagia. Adalah sebuah nilai tersendiri, dimana kebahagiaan suamiku adalah pintu syurgaku.

Tetap bahagia dibalik derita. Saat kelemahan dan godaan penderitaan menggelayut rasa, maka jiwaku pun tetap tersenyum. Ketika angin dan badai menerpa, cahaya imanku tetap bersinar. Dan bila badai itu memang kuanggap ada, kuyakin ia pasti berlalu.
Bahagia dengan bertaubat. Bukankah setiap manusia pasti berbuat salah? Sungguh, air mataku pasti tiada kan cukup, bila Allah tak mengampuni hamba-Nya yang berbuat dosa. Dan pintu taubat masih selalu terbuka, selama hayat dikandung badan. Walau aku kan tetap menangis, khuatir dosaku tiada terampun.

(Disampaikan dalam Daurauh LPI2 Januari 2006/Ai Harkan)

P/S: Copy paste dan diterjemahkan oleh ein



rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

0 comments: