Monday, March 16, 2009

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia
baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah
ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila
ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh
pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman
yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara
dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah
lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan
seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada
saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai
tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan
kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita
cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya
dan yang mencintainya.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros


Friday, March 13, 2009

WaNiTa aHLi SYuRGa DaN CiRi-CiRiNYa


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi.
Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat benjana-benjana dari emas dan perak,
istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan
lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terdetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan
Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa
yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai
dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang
lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka
memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka
sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang
mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk
Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga
kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari
orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan
permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak
muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi
minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak
pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa
yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman
kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari
bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an
yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang
tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan
pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni
Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan
Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al
Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita
penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya
dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan
memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di
kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik
radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Surga akan memanggil suami-suami mereka dengan
suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang
didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri
kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka
juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami
adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang
tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nomor 1557)

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki-lelaki dan bidadari-bidadari saja
yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia,
wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap
menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang
sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya
selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli
Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya
merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah:

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya,
hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa
Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat,
berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat
melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah
dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-
Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan
yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah
ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk,
serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada
orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan
memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang
lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang di ambil dari kitab Majmu’ Fatawa
karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan
merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam
kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke
dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya
dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).

Wallahu A’lam Bis Shawab.

rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Tuesday, March 10, 2009

WaNiTa PeNJiNaK SiNGa



Al-Ashma 'i radhiallahu-anhu bercerita;

Sekali peristiwa, bila saya mengikuti suatu rombongan pergi ke Mekkah untuk naik Haji, dengan mengenderai unta di tengah-tengah padang pasir, tiba-tiba muncullah seekor singa yang sangat besar menghadang jalan kami. Rombongan haji itu terpaksa berhenti secara spontan, tidak berani meneruskan perjalanan lagi. Orang-orang dalam rombongan itu semuanya kelam-kabut dan kecoh kerana takut kepada singa itu.

Saya pun memanggil pengawal kami untuk mengusir binatang itu, namun tidak berhasil, justeru pengawal itu pun takut kepada singa itu.

"Tidak adakah di antara kamu sekelian seorang yang berani mengusir singa ini dari menghalang perjalanan kita?"tanyaku kepada pengawal itu.

Tiba-tiba aku kedengaran suatu suara yang menjawab, katanya:

"Jika engkau maksudkan dia itu seorang laki-laki, maka memang kami rasa tidak ada seorang yang berani di antara kami." Kemudiaan sambungnya lagi: "Tapi aku kenal diantara kami ini ada seorang wanita yang mungkin dapat mengusir binatang itu tanpa pedang atau apa-apa senjata pun. Dia ada bersama-sama kita di dalam rombongan ini!" kata orang itu.

"Di manakah dia wanita itu?" tanyaku bingung.

"Dia di dalam tandunya."

Saya pun segera pergi mendapatkan wanita itu di dalam tandunya, seraya memanggil:

"Ibu! Kalau tidak keberatan, cuba turunlah dari tandumu ini, dan tolonglah kami yang dalam rombongan. Ada seekor singa di hadapan kami menghalangi perjalanan kami!"

"Takutkah kamu sekelian dengan singa itu, sedang kamu semua orang laki-laki, dan sekarang kamu datang meminta pertolongan seorang wanita pula," sindir wanita itu.

Kami sekelian terpinga-pinga tak tahu apa yang hendak kami jawab, selain mengaku akan kebenaran kata-kata wanita itu.

"Ya, memang kami sekalian takut terhadap binatang buas itu. Kami juga tidak tahu cara-cara menghalaunya. Mungkin Ibu seorang sajalah yang dapat menghalaunya."

"Baiklah," jawabnya. "Tapi aku ni seorang wanita. Apakah kamu sekelian senang jika aku dilihat oleh singa itu, padahal dia tu singa jantan sedangkan aku ini seorang wanita?!"

Kami tidak tahu apa yang hendak dijawab lagi. Mujur ia menyambung lagi:

"Katakanlah kepada singa itu: Ibu Fatimah menyampaikan salamnya, dan dia bersumpah dengan Zat yang tidak pernah disentuhi mengantuk, menyingkirlah kau dari menghalang perjalanan rombongan ini!"

Berkata Al-Ashma 'i lagi menyambung ceritanya:

"Demi Allah, belum sempat habis ucapan wanita itu, melainkan singa itu telah meminggir pergi dari jalan itu, dan lari menghilangkan diri."

Ini tiada syak lagi menunjukkan bahawa wanita itu diantara orang-orang Sholehah, yang benar-benar telah mengenali Allah dengan sepenuh makrifat. Moga-moga Allah memberikan kita manfaat dari cerita yang kita dengar ini, Amin!


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros