
Wanita Pilihan Lelaki
---------------------
Sikap Keibuan :
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat
dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram
ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita
ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan :
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di
mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan
sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan
yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian :
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh
bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai :
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan :
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan
kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur
dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara :
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau
topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi
dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg
baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh
menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri :
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn
orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak
gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak
kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri :
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta
menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan
membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin :
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan
mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar
dgn indah dan mempesona.
P/S: Oleh itu, marilah bersama memperbaiki diri agar lebih dikasihi oleh lelaki yang bergelar suami
Wednesday, March 4, 2009
WaNiTa PiLiHaN LeLaKi
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: KRiTeRia WaNiTa, PeTua DaN FaDHiLaT
RaHSia HaRi LaHiR WaNiTa

Rahsia Hari Lahir Wanita ------------------------
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhatihati,
tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki
dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha
kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan
menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia
mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang
membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan
seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan
rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan
mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal
kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab,
suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih
jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati
dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah
termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam
soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang
pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja,
bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih
atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum
bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak
kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada
awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga
diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang
merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku
kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya
sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka
dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak
pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila
bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat
dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah
suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan
lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2
diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan
bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak
telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia,
rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan
seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Posted by nadjwani_ein 0 comments
Labels: SeKaDaR HiBuRaN
Hukum Isteri Meleteri Suami
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.
Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.
Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."
** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.
'......Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.....'
'Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.'
'Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta '
'Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali'
'manakala ! isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.'
'Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.'
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI misti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)
'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'
Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
Posted by Pinkyzsa 0 comments
Labels: aL-QuRaN DaN HaDiS, HuKuM-HuKuM

