Friday, April 24, 2009

4 JeNiS PeReMPuaN YaNg aDa Di NeRaKa



Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:-

4 jenis perempuan yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya;
suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia
mengherdiknya.

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si
suami.

3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur, dan
ia enggan berbakti kepada Allah swt. dan enggan berbakti kepada suaminya (seorang
isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt. kecuali bertaubat).

4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan
menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya untuk menarik kaum
lelaki).


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Monday, April 20, 2009

PeRBeZaaN aNTaRa LeLaKi DaN WaNiTa



Perbezaan antara lelaki dan wanita

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan
menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu.

Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia
diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya.

Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi
teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat
isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan
manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih
mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi
lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para
suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan
masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang
perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya
menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama
ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Copyright dari Internet

rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Sunday, April 19, 2009

SeLoKa aURaT


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Copyright dari internet

rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros