Tuesday, March 31, 2009

WaNiTa SoLeHaH



Wanita Solehah

Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya pada aturan-aturan Allah. Aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja bagi wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja.

MULIALAH wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah". (HR. Muslim).

Dalam Al-Quran surat An-Nur: 30-31, Allah Swt. memberikan gambaran wanita solehah sebagai wanita yang sentiasa mampu menjaga pandangannya. Ia selalu taat kepada Allah dan Rasul Nya. Perhiasan wajahnya adalah basuhan air wudhu. Lipstiknya adalah dzikir kepada Allah. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan Al-Quran.

Wanita solehah sangat memperhatikan kualiti kata-katanya. Ia akan sangat
menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi. Dia sedar betul bahawa kemuliaannya bersumber dari kemampuannya menjaga diri (iffah).

Wanita solehah itu murah senyum. Baginya, senyum adalah sedekah. Namun, senyumnya tetap dijaga. Tidak setiap lelaki yang dijumpainya diberikan senyuman manis. Senyumnya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.

Wanita solehah juga pintar dalam bergaul. Dengan pergaulan itu, ilmunya akan terus bertambah. Ia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang ia temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik dan akan berbuah kebaikan bagi dirinya mahupun orang lain.

Ia juga selalu menjaga akhlaknya. Salah satu ciri bahawa imannya kuat adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak tanduknya selalu terkawal. Ia tidak akan
berbuat sesuatu yang menyimpang dari bimbingan Al-Quran dan Sunnah. Ia sedar bahawa semakin kurang iman seseorang, makin kurang rasa malunya. Semakin kurang rasa malunya, makin buruk kualiti akhlaknya.

Pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Rambu-rambu kemuliaannya bukan dari aneka aksesori yang ia gunakan. Justeru ia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Kecantikan satu saat bisa jadi anugerah yang bernilai. Tapi jika
tidak hati-hati, kecantikan bisa jadi sumber masalah yang akan menyulitkan pemiliknya sendiri.
Saat mendapat kekurangan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dan sakit hati. Ia yakin bahawa kekecewaan adalah bahagian dari sikap kufur nikmat. Dia tidak akan merasa minder dengan keterbatasannya. Peribadinya begitu indah sehingga solekan apa pun yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan. Bahkan, kalaupun ia tanpa solekan sedikit pun, kecantikan jiwanya akan tetap terpancar dan menyejukkan hati orang-orang di sekitarnya.

Jika ingin menjadi wanita solehah, maka belajarlah dari lingkungan sekitar dan orang-orang yang kita temui. Ambil ilmunya dari mereka. Bahkan kita boleh mencontohi isteri-isteri Rasulullah Saw. seperti Aisyah. Ia terkenal
dengan kekuatan fikirannya. Seorang isteri seperti beliau boleh dijadikan gudang ilmu bagi suami dan anak-anak.

Contoh pula Siti Khadijah, isteri solehah penentram batin, pendukung setia, dan penguat semangat suami dalam berjuang di jalan Allah Swt. Beliau berkorban harta, kedudukan, dan dirinya demi membela perjuangan Rasulullah. Begitu kuatnya kesan kesolehan Khadijah, hingga nama beliau banyak disebut-sebut
oleh Rasulullah walau Khadijah sendiri sudah meninggal.

Boleh jadi wanita solehah muncul dari sebab keturunan. Seorang pelajar yang baik akhlak dan tutur katanya,boleh jadi gambaran seorang ibu yang mendidiknya menjadi manusia berakhlak. Sulit membayangkan,
seorang wanita solehah tiba-tiba muncul tanpa didahului sebuah proses. Di sini, faktor keturunan memainkan peranan. Begitu pun dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan, dan lain-lain. Apa yang kelihatan, bisa menjadi gambaran bagi sesuatu yang tersembunyi.

Banyak wanita boleh sukses. Namun tidak semua boleh jadi solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya pada aturan-aturan Allah. Aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja bagi
wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja puteri. Tidak akan rugi jika seorang remaja puteri menjaga sikapnya saat mereka berinteraksi dengan lawan jenis yang bukan mahramnya. Bertemanlah dengan orang-orang yang akan menambah kualiti ilmu, amal, dan ibadah kita.

Ada sebuah ungkapan mengatakan, "Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya." Peranan wanita solehah sangat besar dalam keluarga, bahkan negara. Kita pernah mendengar bahawa di
belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, maka berapa banyak kejayaan yang akan diraih.

Selama ini, wanita hanya ditempatkan sebagai pelengkap saja, iaitu hanya mendukung dari belakang, tanpa peranan tertentu yang serius. Wanita adalah tiang Negara. Bayangkanlah, jika tiang penopang bangunan itu rapuh, maka
sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah. Tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali puing-puing yang nilainya tidak seberapa.

Kita tinggal memilih, apakah akan menjadi tiang yang kuat atau tiang yang rapuh? Jika ingin menjadi tiang yang kuat, kaum wanita harus terus berusaha menjadi wanita solehah dengan mencontoh peribadi isteri-isteri Rasulullah. Dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dan keluarga serta memelihara farji-nya, maka pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita kita.

Wallahua'lam.***
---------------
Sumber: MQ Media On Line - Kolom AaGym - Taushiah


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Monday, March 23, 2009

BuNGa KeBaHaGiaaN



Bunga Kebahagiaan

"...anugerah sekebun bunga dari taman
iman; inilah kebahagiaan sebenar"

TUAN GURU DATO'
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
& HASMARIZA MD HASHIM

Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah
manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa saja
hatta haiwan sekalipun sangan mengingininya.
Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan kita
seharian? Runtuhnya moral masyarakat Islam hari
ini bermula di sini. Oleh itu rasa kasih sayang perlu
ditekankan setiap hari, setiap waktu berterusan dan
menjadi perkara yang melekat di hati kita. Manusia,
secara fitrahnya inginkan kebahagiaan,
ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempurnaan
mengiringi kehidupannya.

Marilah kita menilik buku tuan guru ini, agar
berbisik dihati kita untuk maju beramal, kekal
dalam nikmat kebahagiaan.

Buku ini merupakan buku terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd.
Terdapat sebanyak 22 Bab meliputi persoalan kenapa perlu berkahwin, peranan isteri, peranan suami, didikan anak-anak, kisah-kisah teladan.
Pendekatan yang mudah difahami, ringkas tapi padat.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Monday, March 16, 2009

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia
baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah
ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila
ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh
pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman
yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara
dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah
lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan
seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada
saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai
tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan
kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita
cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya
dan yang mencintainya.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros