Thursday, February 19, 2009

Kenalpasti Ciri-Ciri Wanita Melalui Tarikh Lahir (Zodiak)


Kenalpasti Ciri-Ciri Wanita Melalui Tarikh Lahir (Zodiak)
---------------------------------------------------------
WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23
Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun
ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak
pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi
sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang
mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa
sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus
diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
Anda atau Girlfriend anda pulak bagaimana?

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23
September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan
wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka
semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering
terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang
kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23
Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek
kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya
boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk
mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian
dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati
mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23
Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,
berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan
cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda
jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka
yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk
menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu
pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi
segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan
diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda
sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda
memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu
untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada
bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di
matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat
berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta
yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros