Wednesday, February 25, 2009

Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?

Kenape pompuan Cantik pakai tudung?

1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah

3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier cantik

4.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier seorang yg pandai

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah

6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier

7.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier hormati orang lain

8.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik

9.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt

10.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan ! orang lain

11.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala

12.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat

13.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain

14.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier

15.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...

16.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...
jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda
tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilhat oleh sumua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki

18.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami

19.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dia x nak rambut die ditarik,digantung dgn bara2 api n dibakar dgn dasyatnye kat! akhirat kelak..

20.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab......byk lagi sebab yg positive yg x terkira byknya utk diperkatakn..

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH
MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

WaNiTa MeMiLiKi KeKuRaNGaN aKaL



Wanita memiliki Kekurangan Akal

Penelitian Islam tentang Mukjizatnya Sabda Rasulullah tentang Wanita
Oleh : Aziz Muhammad Abu Kholaf , Peneliti Islami.

Begitu banyak tuduhan-tuduhan negatif yang ditujukan kepada Islam, bahawa Islam tidak menghormati hak asasi perempuan (HAP), sehingga akhirnya pun banyak diadakan seminar-seminar, diskusi-diskusi, program-program "pemberdayaan" di berbagai tempat untuk mengusung tema ini. Dan tema yang diusung adalah seputar "Akal perempuan dan pandangan Islam tentang kurangnya akal perempuan".

Dan ini boleh dibuktikan dengan adanya hadits sahih dari Rasulullah -yang termaktub di dalam shahihain, Bukhari dan Muslim- bahwasanya perempuan akalnya kurang. Maka, apakah yang akan mereka katakan bahawa itu adalah benar memang adanya? Dan apakah para perempuan memang memiliki akal yang kurang ? Dan apakah Rasulullah mensifati perempuan dengan sifat itu memang demikian maksudnya, ataukah sebaliknya?

Hadits Kurangnya Akal Perempuan

Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya:
Wahai wanita yang beriman seluruhnya, bershadaqahlah kalian semua, dan perbanyaklah kalian beristighfar, kerana aku telah melihat bahawa majoriti penghuni neraka adalah dari kalangan kalian". Maka seorang wanita pun menyela dan bertanya, "Kenapa kami menjadi penghuni neraka yang terbanyak?" Rasulullah bersabda, "Kalian banyak melaknat, dan kufur nikmat kepada suami-suami kalian, dan aku tidak melihat kelompok manusia yang kurangnya akal dan kurangnya agama kecuali dari kalian". Bertanya seorang wanita, "Wahai Rasulullah, Apa kurang akalnya dan kurang agamanya perempuan ?" Maka bersabdalah Rasulullah, "Adapun kurang akalnya perempuan adalah kerana kesaksian dua orang perempuan sama dengan kesaksian seorang laki-laki, dan ini namanya kurang akalnya perempuan, dan kalian tidak shalat dan tidak puasa Ramadhan ketika datang haidh, dan ini pun kurangnya agama kalian, dan kalian mengingkari hak-hak suami kalian".

Hadits ini tidaklah mungkin kita fahami tanpa kita melihat ayat Al-Qur'an yang mulia tentang perempuan menjadi saksi. Allah berfirman:
Maka ambilah dua orang laki-laki menjadi saksi, maka jika tidak tidak ada dua orang, maka seorang laki-laki dan dua orang perempuan yang kalian ridhai agamanya untuk menjadi saksi. Yang demikian itu agar kalau salah seorangnya lupa, maka yang lain mengingatkannya (Q.S. Al-Baqarah: 282)

Pemahaman yang salah dari hadits ini:

Terselit di dalam perpepsi sebahagian orang yang salah dengan senang dan girang menjelekkan Islam. Mereka menyimpulkan bahawa kurangnya akal perempuan adalah kurangnya kemampuan otak, daya fikir perempuan lemah di bandingkan laki-laki, Andai mereka mahu memperhatikan hadits tersebut, tentu mereka akan menemukan jawapannya, iaitu bahawa salahnya kesimpulan mereka bahkan bertentangan dengan hadits itu sendiri. Secara terperincinya adalah seperti yang berikut:

1. Disebutkan di dalam hadits tersebut tentang adanya seorang perempuan yang menyela Rasulullah dengan bertanya. Dan orang yang menyela tersebut sebagaimana penjelasan ulama adalah memiliki akal, fikiran, dan dewasa. Maka bagaimana mungkin perempuan ia memiliki kurang akal sedangkan pada saat yang sama ia dewasa dan punya fikiran?

2. Rasulullah takjub dengan kemampuan perempuan dan bahwasanya seorang dari mereka boleh mengungguli seorang laki-laki yang cerdas sekalipun. Maka bagaimana mungkin ia dikatakan kurang akal padahal mengalahkan kecerdasan seorang laki-laki?

3. Dialog tersebut adalah antara Rasulullah dengan wanita muslimah yang terkait dengan hukum-hukum Islam: kadar kesaksian wanita dan shalat, serta puasa. Lalu, andai ada seorang wanita kafir lagi cerdas lalu ia pun masuk Islam, apakah ia tiba-tiba menjadi kurang akalnya ?
Pemahaman-pemahaman yang demikian adalah kerana mengambil sepotong-sepotong nash hadits dan tidak melihat kepada keseluruhan nash, ia tidak melihat sebahagian nash dengan sebahagian nash lainnya, atau ayat Al-Qur'an. Padahal hadits tersebut hanya membicarakan tentang alasan kurangnya akal wanita, iaitu bahawa kesaksian dua orang wanita adalah sama dengan kesaksian seorang laki-laki. Dan ayat Al-Qur'an pun demikian, yang jika ada seorang perempuan saksi lupa, maka diingatkan oleh yang lainnya. Dan Al-Qur'an tidak menyatakan bahawa perempuan lemah akalnya, dan juga tidak menyatakan bahawa diperlukan dua orang saksi perempuan kerana daya fikir wanita lebih lemah daripada daya fikir laki-laki.

Apa yang dimaksud dengan Daya Fikir dan Akal ?

Daya fikir adalah aktiviti otak dengan bantuan data empirik sesuai dengan pengalaman dan kecerdasan untuk mendapatkan tujuan, atau mendapatkan hujah atau menghilangkan masalah.
Data empirik adalah sesuatu yang boleh dilihat atau disaksikan dan dibuktikan. Dan pengalaman adalah pengetahuan yang diperoleh manusia sesuai dengan fakta empirik dan melalui metodologi ilmiah.

Adapun kecerdasan adalah gambaran tentang kemampuan dasar otak yang ada pada manusia yang berbeza-beza tingkatannya. Daya fikir memerlukan hujah/dalil untuk membantunya. Dan hal itu tidak mungkin tercapai kecuali dengan menghilangkan masalah dan menghindarkan dari terjerumus dalam kesalahan dengan skill dan semangat untuk melakukannya.

Penjelasan tentang batasan daya fikir ini tidak berbeza antara laki-laki atau pun perempuan. Pun penjelasan ini tidak menunjukkan adanya perbezaan perolehan ilmu yang berkait dengan petelahan otak, berfikir, dan belajar antara laki-laki dan perempuan dari aspek daya fikir dan belajar. Juga, tidak menunjukkan adanya perbezaan kemampuan otak dan kecerdasan, saraf otak, cara memperoleh informasi, serta tidak ada keunggulan pada masing-masingnya kecuali hanya dalam hal-hal yang memperibadi.

Oleh kerana itu, daya fikir bukanlah kemampuan akal atau kecerdasan semata, bahkan daya fikir lebih luas dari hal itu, termasuk di dalamnya hal-hal lain yang berjalan dalam tahap berfikir ilmiah. Iaitu aktiviti yang terstruktur dan bukan sederhana. Sebagaimana demikian juga akal dalam perspektif Al-Qur'an dan Al-Sunnah adalah lebih luas daripada sekadar berfikir. Akan tetapi aktiviti berfikir yang ditujukan untuk beramal/beraktiviti. Oleh kerana itu, kami akan memberikan catatan tambahan terhadap hadits di atas dengan penjelasan yang lengkap. Iaitu bahawa kurangnya akal wanita adalah kurang dalam hal metode/tahapan berfikir ilmiah yang berpengaruh kepada fikiran, dan bukan pada kemampuan alami fikir itu sendiri atau kemampuan otak sebagaimana anggapan sebahagian besar manusia.

Dimanakah Mukjizat Rasulullah tentang hadits ini?

Nash-nash Al-Qur'an dan Al-Sunnah tidak membezakan antara kemampuan akal laki-laki dengan kemampuan akal perempuan. Hal ini terlihat jelas dalam konteks pembicaraan iman secara umum, baik perempuan atau pun laki-laki. Ini bila kita kaitkan antara nash-nash yang membicarakan kecerdasan, kemampuan, pendapat-pendapat yang benar dari perempuan dalam sejumlah permasalahan dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Oleh kerana itu, tidak pernah ada secara ilmiah, adanya perbezaan kemampuan akal wanita dengan laki-laki. Dan nash Al-Qur'an dan Sunnah tidak bertentangan dengan hal ini. Maka, yang dimaksud dengan kurang akalnya perempuan sebagaimana yang disebutkan di dalam nash adalah bukan pada kemampuan akal. Sebab aktiviti berfikir adalah aktiviti yang terpaut dengan hal-hal lain dari kerja syarat, dan terkandung di dalamnya kemampuan akal, dan hal-hal lain misalnya data empirik dan pengalaman.

Jika kita lihat pada ayat di atas, kita akan mendapati bahawa alasan dari hal itu adalah kadar kesaksian: bila lupa diingatkan. Dan lupa atau ingat adalah hal yang terkait dengan data empirik dan pengalaman. Dan ini sama antara laki-laki atau perempuan. Akan tetapi perempuan memiliki kekhususan-kekhususan, dimana ia banyak mengalami keadaan yang berbeza-beza "banyak mengalami siklus hidup", seperti siklus yang berkaitan dengan tubuhnya, perasaannya, dimana keduanya sangat berpengaruh kepada proses berfikirnya. Ini, bila kita kaitkan pada hadits tersebut yang berbicara tentang hukum-hukum Islam dalam masyarakat Muslim, dan wanita dihukumi sesuai tabiat dan kehidupan sehariannya dalam masyarakat islami secara lebih khusus dimana pengalamannya lebih sedikit dibandingkan dengan laki-laki secara umum, apalagi pada saat yang memang wanita jarang berkecimpung di dalamnya.

Jadi, kurang akal di sini berkait dengan hal-hal lain, bukan kemampuan akal itu sendiri, sebagaimana yang difahami kebanyakan orang sehingga ia menghukumi sesuatu tanpa di landasi dengan analisis atau pemahaman yang benar.

Dan sudah tiba masanya bagi mereka untuk kembali kepada pemahaman yang benar ini, dan adil di dalam melihati Islam dengan seadil-adilnya. Dan bagi wanita, maka berjalanlah mengikuti nash-nash tersebut dan yakinlah kepada Rabb kalian, yakinlah kepada agama kalian (Islam), dan berbanggalah dengan Islam ini.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Saturday, February 21, 2009

Kelemahan Itulah Kecantikan Wanita

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih..


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros