Friday, January 23, 2009

Cara wanita berjalan


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan
wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur,
Kalau berbual, menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang
berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki
yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini
memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita
seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan
mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki
pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sesekali
menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia
berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang
yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan
gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun
masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya
memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah
ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri.
Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius
seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia
kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah
perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda
berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahu'alam senyum

rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Monday, January 19, 2009

Petua Memenangi Hati Isteri


Khas untuk suami isteri. Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba...Tapi kalau sekadar untuk bekalan ke alam rumahtangga tak lama lagi, boleh la jugak diterima. Ilmu rumah tangga perlu dipelajari.

1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara
lain dan peluklah dia.

2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang
dia rancang untuk lakukan hari ini.

3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami
anda.

5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama
setengah jam setiap hari.

6.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih
lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7.Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu
hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8.Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,
tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10.Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11.Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12.Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat
persediaan.

13.Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.

14.Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara,
katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15.Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan
kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula
kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda
akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17.Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah
dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18.Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan
tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar
yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20.Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk
membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas
yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21.Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan
tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22.Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan
jangan lupa pula membelinya.

23.Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24.Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan,
himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25.Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang
menarik, atau hanya berkata "hai''.

26.Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27.Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28.Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29.Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.
Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30.Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai
dan berikan nombor telefon tempat itu.

31.Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.

32.Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia
suka.

33.Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda.
Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34.Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35.Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36.Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan
pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37.Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38.Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39.Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia
memilih apa yang dia memang gemar.

40.Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan
di mana hendak makan.

41.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama
mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

43.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada
di khalayak ramai.

44.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda
menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal
sebagai contoh kepada mereka.

45.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

46.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen
dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.

47.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu
dijadikan kenangan.

48.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

49.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia
dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

50.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak
terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan
anda boleh laju.

51.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda
ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan
kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan
sebaliknya.

52.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar
dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

53.Solat bersama dan berdoa bersama.

54.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

55.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

56.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk
itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda
lakukan dengan baik.

57.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

58.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui
telefon.

59.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

60.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

61.Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan
barangan yang hendak dibawa di kereta.

62.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa
anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia
dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca,
dan pada orang lain yang dia hubungi.

65.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu
keluar rumah.

67.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

68.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

69.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat
apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat,
tapi jangan berat sebelah.

70.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

71.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

72.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

73.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah
bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil
berat padanya.

74.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai,
dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

75.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan
mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa
lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia
perlukan.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Saturday, January 17, 2009

KeiSTiMeWaaN SeORaNG WaNiTa



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki soleh.

4. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5. Barang siapa yang membawa hadiah contoh barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

6. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca:

"Alhamdulillahi' alaa Kulli Hal Wa Astaghfirullah Min Kulli dzanbin”.

Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.";

maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

7. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

8. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya balasan syurga.

9. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

19. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

20. Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.

21. Apabila semalaman si Ibu tidak tidur kerana menjaga anak yang sakit, Allah s.w.t akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

22. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat.

23. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.

24. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

27. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad..

28. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

29. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu
malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita.
Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

30. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu
menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

31. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

32. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

33. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

34. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

35. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

36. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

37. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "

38. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misaim dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


~Wallahu’alam~


P/S: Sebahagian entry ini tidak dapat dikenal pasti kebenaran serta sumbernya. Namun kerana ianya bermaksud dengan tujuan baik jadi saya sertakan sekali untuk dijadikan contoh amalan yang baik diikuti atau diamalkan. Ikhlaskanlah amalan bukan semata untuk mendapatkan ganjaran. Wallahu’alam.


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros